BELANDA 2 JERMAN 3
Joachim Low berasakan masih ada tugas untuk dilakukan Jerman meskipun menyaksikan pasukannya menang 3-2 ke atas Belanda dalam aksi kelayakan Euro 2020 yang berkualiti tinggi.
Serge Gnabry dan Leroy Sane menyumbat gol menarik untuk membolehkan Jerman mendahului 2-0 dalam pertembungan Kumpulan C di Amsterdam itu, namun Memphis Depay mencetuskan kebangkitan selepas rehat menerusi jaringan dan bantuan golnya.
Dengan permainan seakan-akan menuju keputusan seri, Nico Schulz muncul wira dengan jaringan kemenangan buat Jerman di Johan Cruijff Arena itu, awal pagi tadi.
Jerman melunaskan dendam terhadap kekalahan 0-3 kepada skuad kendalian Ronald Koeman itu dalam Liga Negara-Negara Eropah tahun lalu dan ia merupakan kemenangan pertama mereka di Belanda dalam tempoh 23 tahun.
Low, bagaimanapun, sedar skuad mudanya memerlukan kesabaran tatkala Jerman berusaha untuk bangkit daripada kempen Piala Dunia 2018 yang memalukan.
"Aksi separuh masa pertama adalah hebat, perlawanan sepenuhnya dalam kawalan kami," kata Low kepada RTL.
"Jaringan yang dibolosi dalam babak kedua hadir pada detik yang sangat buruk. Hari ini, kami memiliki tuah yang kami rindui dalam perlawanan-perlawanan terdahulu.
"Kemenangan di Belanda sangat bagus dan ia akan membantu kami dalam proses selanjutnya. Tetapi kami masih mempunyai banyak tugas untuk dilakukan.
"Kami kekal berjuang sehingga wisel penamat, jadi pujian terhadap pasukan."
Manuel Neuer mematahkan beberapa percubaan berbahaya daripada Ryan Babel dalam separuh masa pertama bagi membuktikan kemampuannya selaku penjaga gol pilihan utama Jerman berbanding tonggak Barcelona, ​​Marc-Andre ter Stegen.
Begitupun, ketua pasukan Jerman itu enggan menganggap posisinya terjamin memandangkan Bernd Leno dan Kevin Trapp juga bersedia untuk dipertaruhkan Low.
"Gol kemenangan pada lewat permainan memberi makna yang besar," kata Neuer kepada RTL.
"Lebih-lebih lagi dalam pertemuan sebelum ini, Belanda sering memerangkap kami pada penghujung perlawanan, jadi saya fikir ini detik perubahan pada masa akan datang buat kami pada hari ini.
"Ia tidak begitu mudah buat tahap kekuatan mental pasukan muda. Mereka perlu terus berjuang, teruskan permainan, ia situasi yang sukar tetapi semangat kami tidak pernah luntur, kami mencuba segala-galanya dan beruntung kerana dapat mencapai kemenangan ini.
"Secara dasarnya, pendapat umum selalu menarik minat saya. Namun, saya perlu memberikan perhatian kepada tugasan saya, sama seperti semua penjaga gol yang lain -- seperti Marc, Kevin, Bernd. Kesemuanya hebat-hebat belaka."