Kai Havertz dan Nico Schlotterbeck terpaksa meninggalkan kem Jerman untuk perlawanan persahabatan dengan Belgium, Rabu ini.
Kedua-dua pemain itu menyertai kesebelasan utama dalam kemenangan 2-0 ke atas Peru, Ahad lalu, tetapi malam tadi Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) mengesahkan mereka sudah kembali ke pangkuan kelab masing-masing.
Penyerang Chelsea, Havertz, diketepikan kerana masalah kesihatan sementara pertahanan Borussia Dortmund, Schlotterbeck, mengalami kecederaan paha.
Bagaimanapun, ketua jurulatih Jerman, Hansi Flick, memutuskan untuk tidak memanggil mana-mana pengganti sempena perlawanan persahabatan di RheinEnergieStadion di Cologne itu.
Belgium yang menewaskan Sweden 3-0 dalam perlawanan pembukaan kelayakan Euro 2024 minggu lalu bakal beraksi tanpa penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois, akibat kecederaan ringan.

ℹ️ @kaihavertz29 has travelled home from the squad due to illness, while Nico Schlotterbeck will also miss #GERBEL on Tuesday due to a thigh problem.
— Germany (@DFB_Team_EN) March 26, 2023
Speedy recovery, boys ? pic.twitter.com/WBIvM8LOst