Skip to main content

Bola Sepak

Jentera serangan kurang berbisa buat Gunalan resah

130816-k-gunalan-pemangku-jurulatih-selangor.jpg
Pemangku jurulatih Selangor, K. Gunalan, mahu memburu bekalan selesa di laman sendiri walaupun mengakui sedikit resah terhadap ketumpulan jentera serangan yang gagal menghasilkan sebarang jaringan dalam dua perlawanan terakhir Liga Super. 

"Kami perlu mencari bekalan gol kerana bermain di tempat sendiri. 

"Kami sedar T-Team bukan calang-calang pasukan kerana sebelum ini di peringkat suku akhir, mereka telah mengalahkan Felda United. 

"Jadi, kami perlu berhati-hati, tetapi kami perlu juga mencari bekalan gol," katanya. 

Pada masa yang sama, Gunalan berpesan kepada anak buahnya, khususnya di bahagian pertahanan, agar tidak leka berdasarkan reputasi pemain lawan. 

"Pemain seperti Makan Konate, Patrick Cruz, Mohd Asrol Ibrahim dan pemain pertahanan tengah mereka, Abdoulaye Maiga, telah bermain dengan sungguh baik.

"Kami perlu bijak mengawal mereka. 

"Mereka mampu berbuat sesuatu ke atas pasukan kami.

"Mereka boleh menjaringkan gol dan bahagian pertahanan perlu berjaga-jaga dengan Patrick Cruz dan Makan Konate."



Advertisement

Must Watch Video