Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Jelius puji peningkatan Sabah

jelius-ating-sabah.jpg
Pengendali Sabah, Jelius Ating, memuji komitmen anak didiknya yang sentiasa mempamerkan peningkatan dalam setiap perlawanan sehingga membolehkan mereka mencatat tiga kemenangan berturut-turut, termasuk aksi bertemu PDRM FC di Stadium Likas, malam tadi.

"Syukur kami menang lagi, pemain juga menunjukkan sikap yang betul dalam aksi malam tadi. Mereka bermain bersungguh-sungguh dan tidak memandang rendah pasukan lawan.

"Saya juga melihat prestasi pemain meningkat dalam setiap perlawanan, kami mengharapkan momentum ini akan berterusan," katanya ketika dihubungi di Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara itu, walaupun mencipta kemenangan demi kemenangan, beliau mengakui masih ada ruang yang perlu diperbaiki bagi memastikan skuad Tambadau itu tidak terus dibolosi dalam setiap perlawanan.

"Kalau dilihat, kami banyak dibolosi menerusi situasi bola mati dan kami perlu mengatasi masalah ini jika tidak mahu terus dibolosi," katanya.

Dalam pada itu, Jelius juga berterima kasih kepada pihak pengurusan, terutama pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony, yang sentiasa komited membantu pasukan.

"Saya juga berterima kasih kepada penyokong yang hadir memberi sokongan kepada kami, pasukan akan terus berusaha untuk meningkatkan lagi permainan," katanya.

Dalam aksi malam tadi, Sabah membenam PDRM FC 3-1 hasil dua jaringan Luis Carlos Junior dan satu gol menerusi Rodoljub Paunovic manakala gol tunggal pasukan pelawat dijaringkan Redzovic Argzim.

Dengan kemenangan itu juga, Sabah kini melonjak ke tangga kedua liga dengan 10 mata hasil tiga kemenangan, sekali seri dan kalah sekali.

Advertisement

Must Watch Video