Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating, tidak mampu menyembunyikan perasaan geram dan kecewanya di sebalik kekalahan mengejut skuad Tambadau kepada tuan rumah, Kelantan United FC, dalam pertemuan pusingan kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Jelius menyifatkan anak buahnya bermain seolah-olah tidak mahu menang biarpun menurunkan kesebelasan terbaik, termasuk empat pemain import yang gagal beraksi sebagaimana biasa.
“Secara peribadi, sebagai jurulatih, saya sangat tidak puas hati dengan keputusan, cara kami bermain, kesungguhan pemain dan ia memang sangat mengecewakan. Kalau lihat prestasi pasukan, kami seakan-akan tidak mahu menang perlawanan ini.
“Harap kami belajar sesuatu di sini. Kami diajar oleh pasukan yang dibarisi pemain hampir bersara, ada pemain baru hendak naik dan belum pernah beraksi dengan pasukan senior tetapi malam tadi, Kelantan United mampu mengatasi pasukan lebih besar. Tahniah dan selamat berjaya dalam pusingan berikutnya," katanya.
Mengulas lanjut kekalahan itu, jurulatih berusia 48 tahun itu menyifatkan, barisan pemainnya tidak memiliki sikap positif di atas padang hingga menyebabkan mereka terpaksa menanggung kepahitan tersingkir seawal pusingan kedua Piala FA, musim ini.
“Sebenarnya kekalahan ini bukan kerana Kelantan United bermain lebih baik tetapi kerana sikap pemain sendiri yang tidak bersungguh-sungguh dan ini sangat menyedihkan saya. Aksi malam tadi cukup berbeza jika dibandingkan sebelum ini.
“Semuanya sudah berlaku, tiada ada yang boleh diubah kecuali sikap dan mentaliti pemain sendiri. Apapun, saya terima kekalahan ini dan kami perlu cepat bangkit," katanya.