Skip to main content

Bola Sepak

JDT terus berpesta

jdt.jpg
"Kerja seperti tiada hari esok." Itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada juara Liga Super 10 tahun berturut-turut, Johor Darul Ta’zim z(JDT), apabila berjaya menggekalkan momentum kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim setelah menewaskan Penang dengan jaringan yang besar. 

Ini membuktikan bahawa sikap dan mentaliti kemenangan yang lahir dari setiap pemain Harimau Selatan sentiasa membara dalam setiap perlawanan tidak kira pasukan kuat atau pun lemah. Ia ibarat harimau yang kelaparan.

Itu yang terjadi dalam perlawanan terakhir Liga Super, di mana Harimau Selatan membelasah Harimau Kumbang dengan jumlah jaringan yang besar dan dengan lapan jaringan yang diperoleh pada pertemuan itu, ia telah menukilkan satu lagi sejarah untuk anak didik Esteban Solari berkenaan apabila berjaya mengumpul 100 jaringan sepanjang Liga Super musim ini. 

Itu menampakkan satu karakter pemain-pemain dari selatan tanah air itu yang sentiasa punya keinginan yang tinggi serta menggekalkan mentaliti kemenangan.

Yang lebih menarik apabila pemain muda JDT, Arif Aima,n yang juga merupakan pemain paling bernilai dalam Liga Malaysia, telah berjaya melakukan ‘hattrik’ semasa berhadapan Harimau Kumbang. Beliau tidak rasa kekok sebaliknya memaparkan mutu dan kualiti dirinya yang konsisten serta sentiasa ingin bersaing dengan pemain-pemain import Harimau Selatan. Atas faktor itu juga yang membuatkan dirinya sentiasa konsisten dalam setiap perlawanan.

Selain itu kita boleh melihat bagaimana hubungan kekeluargaan dan keharmonian di dalam skuad Harimau Selatan itu selain hormat menghormati antara satu sama lain. 

Itu dijelaskan melalui pelukan rasa hormat diberikan Arif Aiman kepada Aidil Zafuan setelah beliau menjaringkan gol. 

Atas faktor ini juga membuatkan kelab kepunyaan Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu terus mencipta kejayaan dan sejarah tersendiri kerana mereka tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya menjaga hubungan kekeluargaan . Itu yang dititikberatkan oleh Tunku Ismail sendiri yang sentiasa menjaga kebajikan pemain-pemainnya sebagai pemilik kelab.

 

Advertisement

Must Watch Video