Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

JDT sedia bertemu mana-mana pasukan -- Mora

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

benjamin.jpg
Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora, menolak tanggapan sesetengah pihak terhadap skuad Harimau Selatan yang mengharapkan Melaka sebagai lawan di suku akhir berbanding Kedah.

Sebaliknya, Mora menegaskan pasukannya tetap bersedia bertemu dengan mana-mana pasukan sekalipun skuad Lang Merah tampak mampu menjadi penghalang yang juga menyaksikan aksi ulangan final 2019. 

"Kedah seperti yang diketahui pasukan yang berkualiti namun sebelum ini kami sentiasa meraih keputusan positif. Bagaimanapun, kami tetap menghormati mana-mana lawan dan sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam usaha mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi dua tahun lalu," kata Mora. 

Bagaimanapun, Mora enggan lagi bereksperimen apabila berhasrat mahu menggunakan semula pendekatan tatkikal lama berdepan skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak nanti. 

Ia menerusi formasi 4-3-3 berbanding sistem baru yang diterapkan sejak empat perlawanan lalu iaitu 3-4-3 yang tampak gagal membuahkan hasil ketika bertemu Kelantan semalam. 

"Saya mahu menang beraksi dalam mana-mana strategi sekalipun. Kami sentiasa cuba memastikan setiap pemain dapat memberikan yang terbaik setiap kali turun ke gelanggang," kata Mora.

Advertisement

Must Watch Video