Skip to main content

Bola Sepak

JDT satu-satunya akademi bola sepak di Malaysia berstatus dua bintang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Dalam satu perkongsian di laman media sosial milik Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini, menjelaskan bahawa kelab itu merupakan satu-satunya akademi bola sepak profesional di Malaysia yang berstatus dua bintang.

JDT memperoleh pengiktirafan itu daripada Akademi Dua Bintang  Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di bawah Skim Belia Elif AFC B-12 hingga B-19.

Selain sukan bola sepak, JDT turut optimis dalam memberikan penekanan kepada bidang pendidikan dengan pemain berusia 17 tahun dan kebawah akan bersekolah bersama-sama dari asrama akademi di Universiti Tekonologi Malaysia (UTM) bagi melanjutkan pelajaran selepas tamat sekolah menengah.






Sebelum ini, JDT dan UTM telah menandatangani perjanjian pembangunan pendidikan dengan memberikan tawaran Program Diploma Sukan Dan Kecergasan Khas untuk pelatih Akademi JDT.

Objektif utama program itu adalah bagi membantu pelatih untuk mengejar impian dalam kancah sukan bola sepak serta mengutamakan pendidikan.



 

Advertisement

Must Watch Video