Skip to main content

Bola Sepak

JDT sambar bekas penyerang Botafogo, Pavos

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pavois.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo Da Silva.

Pemain berusia 33 tahun itu pernah menyarung jersi pasukan Botafogo (Brazil), PAOK Salonika (Greece) dan Hadjuk Split (Croatia), sebelum mengubah haluan beraksi di Liga Cyprus buat pasukan Pafos FC -bantu Pavos rangkul kejuaraan liga dengan 10 gol, lima bantuan jaringan- sebelum ini.

Untuk rekod, mengikut transfermarkt, dia telah beraksi sebanyak 393 perlawanan dalam karier profesionalnya dan telah meledak 111 gol selain 76 bantuan jaringan.






Pengalamannya yang pernah beraksi dalam aksi kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) dan Liga Europa (UEL) bakal ditagih JDT dalam kempen Liga Super 2025/26 dan  Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) nanti.

Kemasukan Jairo semestinya akan memperkukuhkan jentera serangan skuad Harimau Selatan itu bersama Bergson, malah kehadiran pemain warisan negara Hector Hevel sebelum ini turut akan menyertai pasukan itu akan memberikan tonik tambahan buat JDT bagi saingan musim depan.

Advertisement

Must Watch Video