Skip to main content

Bola Sepak

JDT mengamuk di Bangkok

jdt-acl-vs-bg-pathum.jpg
Selepas mencipta kejuaraan kali ke sepuluh berturut-turut dalam Liga Super Malaysia dengan menewaskan PDRM dengan jaringan yang besar, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdiam dengan kejayaan itu, sebaliknya terus menggekalkan momentum kemenangan dengan jaringan yang besar apabila menundukkan BG Pathum United di Stadium Pathum Thani.

Ini meletakkan skuad Harimau Selatan itu di tangga kedua kumpulan I Liga Juara-JUara Asia (ACL) di belakang Kawasaki Frontale dan membuka peluang untuk anak didik Esteban Solari itu untuk ke peringkat seterusnya. 

Dengan persembahan yang meyakinkan itu, terutama daripada pemain-pemain tempatan, telah mencuri perhatian penulis, terutama Arif Aiman Hanapi. 

Kelincahan dan ketenangannya bermain peringkat antarabangsa telah memberi banyak faedah kepada skuad Harimau Selatan itu. Lihat sahaja bagaimana Arif berjaya memberdayakan ‘wing back’ BG Pathum United dengan mudah dan perhatikan bagaimana dua jaringan yang dilakukan Arif itu dengan mudah apabila bijak memanfaatkan kealpaan pertahanan lawan dengan kepantasannya.

Begitu juga dengan Afiq Fazail, yang berjaya memainkan peranan sebagai midfield bertahan dengan baik dengan sekali lagi digandingkan bersama Hong Wan. 

Mereka telah berjaya menyekat pemain-pemain BG Pathum menggunakan laluan tengah untuk menyerang sebaliknya banyak mengunakan Chanatip untuk melakukan hantaran-hantaran lintang. Inilah kekuatan yang ada pada JDT apabila berjaya menyekat lawan dari mendominasi permainan serta menutup laluan hantaran dari cepat kehadapan untuk sampai ke kawasan Harimau Selatan.

Persembahan yang konsisten dari kedua-dua pemain ini dan sokongan daripada rakan-rakan sepasukan juga telah berjaya membawa kejayaan dan kemenangan yang sungguh bermakna ini untuk JDT. Selain itu, keharmonian dan semangat berpasukan yang tinggi juga telah membantu dan membina kekuatan anak didik Esteban Solari itu untuk mereka bangkit membenam BG Pathum United dengan bergaya dan sudah tentu ini akan meningkatkan keyakinan pemain-pemain Harimau Selatan apabila berhadapan dengan Ulsan Hyundai FC nanti.

 

Advertisement

Must Watch Video