Johor Darul Ta'zim FC (JDT) melebarkan penguasaan di puncak Liga Super selepas menewaskan Terengganu FC 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.
Bergson da Silva membuka jaringan buat tuan rumah seawal minit ketujuh dengan menanduk masuk umpanan lintang Corbin Ong tetapi Kpah Sherman kembali menyamakan kedudukan buat Terengganu pada minit ke-31.
Bergson, bagaimanapun, hanya memerlukan dua minit untuk kembali meletakkan JDT di depan, kali ini dengan menanduk masuk lintangan Arif Aiman Hanapi.
Dalam pada itu, aksi di Stadium Petaling Jaya pula menyaksikan Selangor FC memperoleh kemenangan pertama musim ini dengan menjinakkan Kedah Darul Aman FC 4-1.
Pemain tengah, Mukhairi Ajmal Mahadi, memastikan Selangor memulakan aksi dengan cemerlang menerusi penyudah leret jarak jauhnya pada minit ke-26 sebelum pemain import dari Brazil, Caion, menjaringkan gol solo gemilangnya pada minit ke-35 untuk The Red Giants berkelebihan dua gol menuju ke bilik persalinan.
Selangor meneruskan penguasaan dalam babak kedua tetapi hanya dapat menambah jaringan menerusi pemain gantian, Nor Hakim Hassan, yang menyudahkan umpanan Caion pada minit ke-84.
Berselang tiga minit, giliran Nor Hakim membalas jasa Caion dengan melakukan lorongan licik untuk disudahkan penyerang import itu.
Kedah kemudian memperoleh gol sagu hati dalam waktu kecederaan hasil jaringan Fayadh Zulkifli.
Aksi 'derby' Borneo di Stadium Negeri, Kuching pula menyaksikan Sabah menewaskan Sarawak United 1-0 hasil jaringan penalti Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81.
Dengan keputusan terbaru malam ini, JDT melebarkan penguasaan di puncak Liga Super dengan 12 mata dan Sabah pula memintas Kedah untuk berada di tangga kedua hasil perbezaan jaringan biarpun kedua-dua pasukan terikat sembilan mata.
Selangor pula melonjak ke tangga kelima dengan lima mata, dua mata di belakang pasukan di tangga keempat, Petaling Jaya City FC, biarpun The Red Giants berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.