Jaguh muay thai negara, Rifdean Masdor, optimis 'tiada yang mustahil' menjelang pertarungan berdepan jaguh dari Jepun, Nadaka Yoshinori di Tokyo, Sabtu ini.
Untuk rekod, Nadaka bakal turun gelanggang dengan rekod 42 kemenangan berturut-turut dalam saingan ONE Samurai 4 dalam kategori atomweight, ONE Championship nanti.
"Nadaka petarung terbaik di dunia. Saya berlatih tiga kali sehari dan tiada apa yang mustahil untuk lawan dia, dia juga manusia biasa.
Nadaka is NEXT-LEVEL π― Before the Japanese ace puts the ONE Atomweight Muay Thai World Title on the line against Rifdean Masdor at ONE SAMURAI 4, see his kickboxing debut against Har Ling Om! @445_nada π΄ ONE-TIME OFFER: Get BOTH The Inner Circle 35 and ONE SAMURAI 4 when you subscribe to The Inner Circle NOW! #ONESAMURAI4 | Sat Oct 17 at 3:30PM JST/2:30AM ET Subscribe to The Inner Circle for USD9.99/month π https://t.co/wZyjoitSRT Save 10% on your first month with code "WELCOME10". π―π΅ Live on U-NEXT ποΈ Tickets π https://t.co/NOhpsohjIB
β ONE Championship (@ONEChampionship) October 15, 2026
"Saya tidak takut sesiapa, tidak takut Nadaka! Selepas ini, semua orang akan ingat nama saya kerana saya akan menjadi orang pertama yang mengalahkan petarung anda.β katanya.
Rifdean hadir ke bumi Jepun berbekalkan rekod tujuh kemenangan dan satu kali tewas dalam ONE Championship.