BOLA SEPAK
JDT lapang dada beri pelepasan lebih awal kepada pemain kebangsaan
Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards menyatakan pendirian Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim akan mengikuti praktis global berhubung panggilan untuk skuad kebangsaan dengan pengecualian melepaskan pemain tujuh hari sebelum perlawanan.
Hal ini membolehkan pasukan kebangsaan memanggil pemain masing-masing beberapa hari sebelum perlawanan mengikut Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA.
"Kebanyakan skuad kebangsaan di seluruh dunia hanya memanggil pemain mereka semasa jendela perlawanan yang disediakan oleh FIFA, tetapi JDT telah bersetuju untuk menggunakan budi bicara kami dalam melepaskan pemain tujuh hari sebelum perlawanan pertama.
"Sebagai contoh, jendela FIFA seterusnya adalah dari 18 Mac hingga 26 Mac. Malaysia dijadualkan bermain kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia pada 22 Mac," kata Alistair melalui paparan Facebook rasmi mereka iaitu JOHOR Southern Tigers.
Iklan
"JDT akan melepaskan pemain kami seawal 15 Mac. Dalam peraturan bola sepak, kelab hanya perlu melepaskan pemain pada 18 Mac.
"Memandangkan sebahagian besar pemain utama skuad Malaysia adalah daripada JDT, kami percaya pemain JDT yang dipanggil ke pasukan kebangsaan akan dapat membina persefahaman dan kecergasan melalui latihan berintensiti tinggi dan kemudahan fasiliti bertaraf dunia kami di Pusat Latihan JDT.'
Sebagai trivia, sembilan pemain JDT dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan dibawah kendalian Kim Pan Gon iaitu Syihan Hazmi, Matt Davies, Corbin Ong, Endrick dos Santos, Arif Aiman Hanapi, Shahrul Saad, Syamer Kutty Abba, Junior Eldstal dan Romel Morales
Must-Watch Video