Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu selepas mengatasi Felda United 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam ini.
Tiga mata yang diraih itu merupakan mata yang ke-30 buat JDT musim ini untuk berkelebihan lima mata selepas pesaing terdekat, Pahang, tumbang 0-2 di halaman Petaling Jaya City FC.
Tuan rumah, Felda, turun dalam misi menamatkan kemarau kemenangan dalam lima perlawanan sebelum ini yang menyaksikan mereka tewas tiga dan seri dua kali, dan berdepan juara bertahan liga, JDT, ternyata bukan tugas mudah.
Aksi meyakinkan dipamerkan oleh JDT apabila skuad kendalian Luciano Figueroa itu bertindak lebih cemerlang berbanding Felda dalam setiap aspek.
Selepas 35 minit beraksi, JDT mendahului permainan selepas dihadiahkan sepakan penalti apabila Corbin Ong djatuhkan pemain Felda. Diogo Luís Santo tenang menyempurnakan jaringan untuk JDT mendahului 1-0.
Selepas 16 minit bersambung dalam separuh masa kedua, JDT menggandakan jaringan, sekali lagi menerusi bekas penyerang Buriram United, Diogo.
Cubaan Felda untuk bangkit mencari gol berjaya dikekang barisan pertahanan ampuh JDT bagi memastikan kemenangan buat pasukan pelawat.
Keputusan lain:
PJ CITY 2 PAHANG 0
PKNP 2 TERENGGANU 2
SELANGOR 1 MELAKA 1