Beraksi dalam saingan tertinggi peringkat kelab, Piala Dunia Kelab FIFA -- yang memperkenalkan format baru pertandingan bermula musim panas ini -- menjadi sebahagian daripada impian gergasi bola sepak Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT).
Begitupun, Harimau Selatan menyedari cita-cita itu perlu selari dengan pencapaian di atas padang menerusi tiket Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Luis Garcia, berkongsi visi bahawa Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, telah menitahkan skuad kendalian Xisco Munoz dari Sepanyol itu agar meraih pencapaian setinggi yang mungkin dan salah satu daripadanya merekrut pemain-pemain baru yang lebih berwibawa.
JDT tidak rela berseorangan dalam usaha mengharumkan nama negara dan menerusi sistem ranking kelab, secara tidak langsung turut membuka ruang buat seteru Liga Malaysia (Liga-M) yang lain untuk mengambil bahagian di pentas Asia.