Skip to main content

Bola Sepak

JDT derma RM2.9 juta buat Palestin, program kebajikan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt_1.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan mendermakan RM2.9 juta hasil kutipan tiket dan hadiah wang kejuaraan Liga Super yang dimenangi untuk tujuan kebajikan.

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu memaklumkan sumbangan tersebut akan disalurkan untuk bantuan kemanusiaan Palestin dan program khidmat masyarakat Yayasan JDT.

"JDT akan menderma RM1.017 juta daripada enam perlawanan di laman sendiri dari November kepada usaha kemanusiaan di Palestin.

"Wang hadiah Liga Super Malaysia sebanyak RM1.9 juta pula akan disalurkan kepada Yayasan JDT untuk pelbagai program khidmat masyarakat.

"JDT sudah menyumbangkan kesemua hadiah wang untuk tujuan amal sejak kelab ditubuhkan pada 2013," tulis kelab itu menerusi sati hantaran di Facebook Johor Southern Tigers.

JDT meluaskan penguasaan saingan Liga Malaysia apabila meraih double quadruple selepas mengulangi kejayaan muncul juara Piala Sumbangsih, Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia.

Skuad Harimau Selatan itu menamatkan saingan Liga Super dengan 76 mata hasil 25 kemenangan, seri sekali selain mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 26 perlawanan.

JDT turut mencipta sejarah tersendiri apabila merekodkan 100 jaringan semusim, hanya dibolosi tujuh kali selain mendominasi saingan Liga Super untuk tempoh sedekad.

--Sinar Harian

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video