Skip to main content

Bola Sepak

'JDT akan tapau semua pemain terbaik' -- Tunku Ismail

tmj.jpg
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, konsisten dengan pendiriannya untuk memberi yang terbaik buat arena bola sepak tempatan dan antarabangsa.

Usaha tersebut kata beliau, bukan untuk kelab semata-mata, sebaliknya demi kebaikan bola sepak kebangsaan.

Justeru bagi menutup mulut pengkritik, Tunku Ismail berjanji meneruskan pemburuan dengan membeli pemain-pemain terbaik tempatan dan hanya akan melepaskan mereka dalam aksi kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sahaja.

“Oleh yang demikian, sama macam kenyataan saya sebelum ini, saya akan terus 'membunuh' bola sepak Malaysia.

“Saya berjanji akan terus membeli pemain hebat dalam negara dan lepaskan mereka untuk sertai pasukan kebangsaan dalam kalendar FIFA sahaja,” katanya di ruangan komen Instagram pada Ahad.

Kritikan pelbagai pihak tidak mematahkan semangat Tunku Ismail yang bangga dengan prestasi dan kejayaan JDT mencipta pelbagai kejayaan di semua peringkat.

“Well done boys. Ramai yang menyalak setiap tahun. 10 tahun masih tak belajar dan tak terima kejayaan kami.

“Tetapi hanya segelintir sahaja yang bermain bunga api setiap tahun. Betapa untungnya keluarga JDT. Setiap tahun ada perkembangan, setiap tahun Allah kurniakan kejayaan,” katanya.

kredit: Sinar Harian

Advertisement

Must Watch Video