Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Jay Rodriguez: anak jati kebanggaan Burnley

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jay-rodriguez.jpg
Beribu-ribu peminat berkumpul di Burnley pada malam tadi sempena perarakan kejayaan menjulang Liga Kejuaraan dan penyerang, Jay Rodriguez, mengakui bahawa dia sendiri akan turun menyaksikannya seandainya tidak berada di atas bas terbuka itu. 

Rodriguez -- yang merupakan bintang kelahiran Burnley -- mengasah bakatnya di Turf Moor yang menyaksikannya pernah terpilih menganggotai skuad England. 

Lantas, kejayaan ke Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan merupakan antara kemuncak kerjaya profesionalnya sejak menyarung jersi The Clarets 16 tahun lalu.

“Bagi saya, impaknya terhadap bandar adalah perkara utama,” kata pemain berusia 33 tahun itu sebelum pemain mengarak trofi mereka dari dewan bandar ke Turf Moor.




“Ini merupakan impian saya sebagai anak tempatan, menjadi pemain bola sepak. 

"Setiap kali saya keluar untuk bermain di padang, ia sangat hebat dan untuk dipromosi daripada Liga Kejuaraan, liga yang sangat sukar ke EPL bagi saya adalah impian menjadi nyata.”

Advertisement

Must Watch Video