Pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk mengambil tindakan lanjut terhadap kenyataan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, ketika sesi sidang media pasca perlawanan bertemu Laos pada Khamis lalu.
Tanpa berselindung, dia mengakui terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan pengendali kelahiran Australia itu sambil berharap perkara sedemikian tidak lagi berulang pada masa akan datang.
Yusoff turut menjelaskan dia secara peribadi menerima permohonan maaf yang dikemukakan Cklamovski namun menegaskan FAM sebagai badan induk bola sepak negara tertakluk kepada peraturan yang sudah termaktub dan semua pihak terlibat wajar menghormati perkara berkenaan.
"Pada saya secara peribadi saya boleh menerima permohonan maaf itu, tetapi sebagai organisasi kami memiliki peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan hormati.
"Saya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin untuk mengambil sebarang tindakan berdasarkan kenyataan itu. Kita tahu Jawatankuasa Tatatertib badan bebas dalam FAM. Terpulang kepada mereka ambil Tindakan.
"Saya serahkan kepada mereka untuk ambil Tindakan selanjutnya. Bukan kecewa tetapi terkejut kerana biasanya tiada jurulatih yang memberikan komen mengenai perkara di luar padang.
"Jika ada apa-apa yang tidak selesa antara satu sama lain kami membuka ruang untuk mereka menyampaikan tetapi gunakan saluran betul dan bukannya media.
"Ada artikel yang melarang bukan sahaja jurulatih tetapi yang berkaitan dengan organisasi. Mereka tertakluk kepada Artikel 91." katanya.
Dia dalam perkembangan sama turut memaklumkan bahawa FAM sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima sebarang pandangan atau kritikan namun ianya perlulah menggunakan saluran yang betul.
Dapatkan Sekarang

Susulan kenyataan terbuka Peter Cklamovski selepas aksi bertemu Laos 9 Oktober lalu.
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 15, 2025
Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi serahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM bagi menentukan sebarang bentuk tindakan atau hukuman kepada Cklamovski jika perlu.@ASTROARENA pic.twitter.com/79LyngylCW
Dia dalam perkembangan sama turut memaklumkan bahawa FAM sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima sebarang pandangan atau kritikan namun ianya perlulah menggunakan saluran yang betul.

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang