Javi Martinez masih tertanya-tanya mengenai penggugurannya daripada skuad Sepanyol oleh ketua jurulatih, Julen Lopetegui.
Pemain pertahanan Bayern Munich itu merupakan antara nama yang tercicir untuk aksi antarabangsa menentang Jerman dan Argentina nanti di samping pemain Chelsea, Alvaro Morata dan Cesc Fabregas.
Dengan Piala Dunia Russia berbaki tiga bulan lagi, Martinez -- sebahagian daripada tonggak yang memenangi Piala Dunia 2010 dan Kejohanan Euro 2012 -- mengesahkan tidak dihubungi Lopetegui mengenai situasi itu.
"Dia tidak pernah memanggil saya atau mengatakan apa-apa tentang hal itu," kata Martinez kepada ESPN.
"Saya tahu adalah sangat sukar untuk merebut tempat dalam pasukan kebangsaan kerana ada pemain yang menyerlah. Ia sangat sukar, sudah tentu saya berusaha keras agar disenaraikan.
"Memang benar, ramai yang bertanya kepada saya -- mereka terkejut mengapa saya tidak dipanggil tetapi saya fikir saya perlu bekerja keras. Saya tidak berputus asa dan saya akan terus berusaha untuk mencapai matlamat.
"Saya akan terus berusaha dan cuba memberikan komitmen 100 peratus. Tentu saja ia merupakan sasaran terbesar saya untuk berada dalam Piala Dunia. Sekalipun jika gagal disenaraikan, maka saya perlu terus bekerja keras dan ia bukannya pengakhiran kepada kerjaya saya. "
Martinez dipinggirkan skuad Sepanyol sejak Piala Dunia 2014, begitupun pemain berusia 29 tahun itu kembali dipanggil pada tahun lalu untuk aksi persahabatan.