Skip to main content

Bola Sepak

Jaringan Slimani bantu The Foxes lakar kemenangan kedua

leicester-city-1-porto-0-slimani-continues-to-haunt-old-foes.jpg

LEICESTER 1 PORTO 0

Penyerang Leicester City, Islam Slimani, membantu pasukan merakamkan kemenangan kedua dalam aksi Liga Juara-Juara apabila menewaskan Porto 1-0, awal pagi tadi.


Selepas berjaya menewaskan Club Brugge 3-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G, The Foxes berjaya melepasi cabaran seterusnya di Estadio do Dragao. 

Skuad kendalian Claudio Ranieri mendahului perlawanan pada minit ke-25, hantaran silang Riyad Mahrez berjaya mencari Slimani untuk melakukan tandukan menewaskan penjaga gol, Iker Casillas.

Ini merupakan gol ketujuh dalam tujuh penampilan buat Slimani ke atas Porto.

Skuad kendalian Nuno Espirito Santo cuba bangkit pada minit ke-36, Miguel Layun hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma, namun percubaannya sedikit tersasar.

Bersambung pada babak kedua perlawanan, giliran Riyad Mahrez melepaskan rembatan dari luar kotak penalti tetapi berjaya ditampan keluar bekas penjaga gol Real Madrid itu.

Penjaga gol Leicester, Kasper Schmeichel, memastikan percubaan Hector Herrera pada minit ke-76 berjaya ditampan keluar untuk mereka meraih tiga mata penuh di Stadium King Power.

 

Advertisement

Must Watch Video