MAGHRIBI 0 IRAN 1
Jaringan sendiri daripada pemain gantian, Aziz Bouhaddouz, pada masa kecederaan memberi mimpi ngeri buat Maghribi kerana terpaksa menyerahkan kemenangan 1-0 kepada Iran dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Dunia di Stadium Saint Petersburg, awal pagi tadi.
Bouhaddouz, yang masuk bagi menggantikan Ayoub El Kaabi pada minit ke-77, teranduk masuk bola sepakan penjuru daripada Ehsan Hajsafi ketika tambahan masa enam minit.
Maghribi sebelum itu nyata mendominasi perlawanan dan lebih menunjukkan kesegeraan dengan sekurang-kurangnya melakukan sembilan percubaan walaupun kedudukan terikat tanpa jaringan dalam separuh masa pertama.
Ketika keadaan kelam-kabut berlaku di depan gawang Iran pada minit ke-18, tiada seorang pun pemain Maghribi dapat menyudahkan jaringan sekalipun beberapa sentuhan berbahaya dapat dilakukan.
Pada minit ke-29, pemain sayap Maghribi, Amine Harit, melepaskan satu rembatan rendah dari luar kotak penalti tetapi ia tepat ke arah dakapan penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand.
Tidak lama kemudian, Iran meraih sepakan percuma yang gagal disudahkan dengan baik oleh Alireza Jahanbakhsh apabila jauh melewati palang gol.
Selepas itu, Masoud Shojaei hampir-hampir menghadiahkan gol pertama buat Iran ketika dia hanya berdepan satu lawan satu dengan Munir El Haddadi, malangnya penyudahnya berjaya ditepis penjaga gol itu.
Corak permainan Iran lebih baik selepas rehat walaupun tiada percubaan berbahaya mampu dilakukan mereka.
Ketika perlawanan berlangsung sejam, usaha Jahanbakhsh yang membawa bola ke sebelah kanan gol Maghribi menarik perhatian tetapi belum sempat dia melorongkan bola ke depan gawang, pemain pertahanan Real Madrid, Achraf Hakimi, pantas mematikan usahanya.
Percubaan terbaik Maghribi dalam separuh masa kedua hadir pada minit ke-80 menerusi Hakim Ziyech yang meledak kencang ke arah sudut yang baik, bagaimanapun tindakan cemerlang Beiranvand yang melayangkan badan berjaya menepis keluar.
Kedudukan tanpa jaringan kekal sehingga gol sendiri Bouhaddouz ketika dia berusaha untuk mengeluarkan bola pada minit ke-95.
Maghribi dianggap terlepas peluang baik untuk mendapatkan tiga mata dalam Kumpulan B apabila mereka terpaksa berdepan dua gergasi yang dianggap pasukan pilihan, Portugal dan Sepanyol.