BOURNEMOUTH 0 MAN CITY 1
Pep Guardiola mengakui jaringan kemenangan Riyad Mahrez ketika berdepan Bournemouth adalah saat terbaik buat pemain kebangsaan Algeria itu.
Mahrez hadir ke dalam perlawanan menggantikan Kevin De Bruyne pada penghujung separuh masa pertama di Stadium Vitality dan meledak gol 10 minit memasuki separuh masa kedua mengatasi penjaga gol, Artur Boruc.
Bekas pemain Leicester City itu mengharungi musim pertama yang mengecewakan di Stadium Etihad selepas kali terakhir meledak gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika mengatasi Watford, Disember lalu.
Raheem Sterling, Bernardo Silva dan Leroy Sane terus cemerlang di bahagian sayap yang menyaksikan kurang peluang diberikan kepada Mahrez tetapi Guardiola tidak meragui kebolehan pemain tersebut.
"Ia merupakan sangat penting buat dirinya dan pasukan," kata Guardiola.
"Dia perlu tahu cara untuk bersaing dengan Bernardo dan Sterling, dia perlu bersedia.
"Jika dia berada dalam keadaan yang positif, dia mampu mendapatkan lebih waktu beraksi.
"Saya tidak meragui kebolehan Mahrez. Dia memiliki tahap mentaliti yang tinggi dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk pasukan."
Kemenangan itu memberikan peluang kepada City kembali ke persada liga dengan kelebihan dua mata ke atas Liverpool yang bakal berdepan Everton awal pagi esok.