Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Jaringan kemenangan Gray bayangi aksi pertama Rodgers

gray.jpg
WATFORD 2 LEICESTER CITY 1

Andre Gray masuk sebagai pemain gantian sebelum menjaringkan gol kemenangan ketika Watford menewaskan Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris pertama Brendan Rodgers sebagai pengendali The Foxes, sebentar tadi.


Jaringan penyamaan daripada Jamie Vardy pada 15 minit terakhir perlawanan hampir memberikan keputusan seri buat skuad kendalian Rodgers itu di Vicarage Road selepas penyerang England tersebut memadam jaringan awal tuan rumah menerusi tandukan Troy Deeney pada minit kelima.

Bagaimanapun, aksi kurang kemas daripada Kasper Schmeichel mengundang padah buat pelawat pada penghujung perlawanan.

Deeney memanfaatkan situasi itu dengan melakukan hantaran kepada Gray yang menewaskan penjaga gol Leicester itu dalam waktu kecederaan.

Watford -- yang ditewaskan Livepool 0-5 Khamis lalu -- meraih kemenangan ketiga daripada empat perlawanan terakhir mereka manakala Leicester pula akan mengharapkan Rodgers dapat menghasilkan kemenangan pertamanya ketika berdepan Fulham, Sabtu depan.

Advertisement

Must Watch Video