JERMAN 0 BRAZIL 1
Tandukan penyerang Manchester City, Gabriel Jesus, membolehkan Brazil membalas dendam terhadap kekalahan sebelum ini apabila menewaskan Jerman 1-0 dalam perlawanan persahabatan di Olympiastadion, awal pagi tadi.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu telah memberikan igauan ngeri buat Brazil selepas dibelasah skuad kendalian Joachim Low itu 7-1 di peringkat separuh akhir Piala Dunia 2014.
Beraksi di depan penyokong sendiri, Jerman merehatkan penyerang utama, Timo Werner, dan menggantikannya dengan penggempur veteran, Mario Gomez, sementara tugas mengawal pintu gol dipegang oleh Kevin Trapp susulan ketiadaan ketua pasukan, Manuel Neuer.
Usia 32 tahun jelas bukan penghalang buat Gomez untuk menimbulkan situasi kucar-kacir di gawang lawan apabila keputusannya sering memberikan masalah kepada benteng Brazil yang diketuai Thiago Silva dan Miranda. Dia hampir memberikan pendahuluan buat tuan rumah pada minit kesembilan, namun Alisson lebih pantas sampai untuk mendapatkan bola.
Walaupun Jerman tampak lebih menguasai perlawanan, Brazil yang terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke-37.
Hantaran lintang dari sebelah kanan oleh Willian membolehkan Jesus yang tidak dikawal tenang menanduk bola masuk melepasi jangkauan Trapp untuk memberikan Brazil kelebihan satu gol sehingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan Jerman melakukan empat pertukaran dalam masa empat minit apabila membawa masuk Lars Stindl, Julian Brandt, Sandro Wagner dan Niklas Sule, namun langkah itu tetap gagal menembusi benteng pelawat.
Khidmat Werner terpaksa ditagih untuk mencari gol penyamaan dengan mengeluarkan Ilkay Gundogan tetapi Miranda dan Silva tetap kebal mengawal kubu Brazil bersama-sama Marvelo dan Dani Alves.
Keputusan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat, memberikan kelegaan buat Brazil untuk melupakan igauan buruk hampir empat tahun lalu.