Virgil van Dijk percaya Mohamed Salah akan mula menjaringkan gol buat Liverpool bagi membantu pasukan meneruskan cabaran mengejar mahkota Liga Perdana Inggeris (EPL).
Liverpool mendahului Manchester City dengan kelebihan dua mata sementara penyandang juara itu memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan menjelang aksi perlawanan antarabangsa.
Bagaimanapun, prestasi Salah kini menjadi persoalan selepas bintang kelahiran Mesir itu sekadar menjaringkan satu gol dalam semua kejohanan sejak dua bulan lalu.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, mempertahankan bahawa persembahan Salah masih lagi di tahap terbaik tetapi menerima penyerang itu mampu bermain dengan lebih baik ketika seri tanpa jaringan di Old Trafford.
Di sebalik kemarau jaringan, Salah telah menjaringkan 17 gol dalam EPL dan penyerang Manchester City, Sergio Aguero, mendahului carta penjaring terbanyak dengan 18 gol.
Van Dijk yakin Salah yang direhatkan daripada aksi antarabangsa akan menemui sentuhannya selepas ini.
"Salah adalah pemain bertaraf dunia," kata Van Dijk.
"Orang lain boleh berkata apa sahaja tetpi saya berasakan semua pasukan dalam EPL mahukan khidmatnya. Kami memiliki Salah dan dia telah bermain dengan baik.
"Jaringan akan hadir buat Salah. Dia hanya perlu terus berusaha bagi mendapatkan semula tahap keyakinannya."
Liverpool akan kembali ke dalam saingan EPL dengan berdepan Tottenham di Anfield, 31 Mac ini.
Skuad bimbingan Klopp itu juga bakal menghadapi aksi suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Porto selepas tamat aksi perlawanan antarabangsa.