MONACO 2 BORDEAUX 1
Jurulatih Monaco, Leonardo Jardim, mengetepikan kesilapan penjaga gol, Danijel Subasic, yang menyebabkan pasukannya terpaksa berpuas hati dengan kemenangan tipis 2-1 ke atas Bordeaux dalam Ligue 1, awal pagi di.
Kylian Mbappe dan Joao Moutinho menjaringkan gol untuk melanjutkan penguasaan Monaco di puncak liga dengan kelebihan lima mata tetapi kesilapan Subasic memberikan jaringan mudah buat Diego Rolan.
Monaco mendapat motivasi daripada kemenangan keempat berturut-turut dalam semua pertandingan untuk perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah menentang Manchester City dan Jardim mempertahankan penjaga gol itu selepas wisel penamat.
Jardim berkata. "Saya memberitahu Suba (Subasic): 'Berapa banyak kamu menyelamatkan bola penting untuk kami? Banyak, jadi berhenti berfikir tentang itu.'
"Pasukan mengetahui kami dengan baik dan mempunyai lebih strategi bertahan di Stade Louis II.
"Kami menguasai permainan dengan baik dengan mengawal bola dengan baik. Saya mengucapkan tahniah kepada pemain untuk perlawanan mereka."
Pemain tengah, Fabinho, mendakwa tumpuan Monaco kini akan beralih ke Liga Juara-Juara, untuk bangkit daripada defisit 5-3 apabila melayan kunjungan skuad Pep Guardiola dalam perlawanan perlawanan kedua, Rabu ini.
"Sekarang kami mula berfikir tentang City. Ia juga adalah satu perlawanan penting musim ini," kata pemain Brazil itu.
"Ia adalah satu pertandingan yang berbeza tetapi kami mahu terus mengembara. Jika kami tidak mara, ia bukan bencana, tetapi kami juga mahu menunjukkan bahawa kami adalah pasukan yang baik di Eropah."