Skip to main content

Bola Sepak

Janssen mampu isi kekosongan Kane - Pochettino

pochettino-backs-janssen-to-fill-kane-void.jpg

Mauricio Pochettino yakin kualiti yang dimiliki Vincent Janssen akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Harry Kane menjelang aksi bertemu Middlesbrough.

Kane mengalami kecederaan ligamen buku lali selepas meledak gol kemenangan untuk menewaskan Sunderland 1-0 dan menyaksikan dia terlepas aksi di Stadium Riverside.

Kecederaan penyerang England itu memberikan peluang buat Janssen untuk memulakan perlawanan berdepan Middlesbrough.

Tetapi pengendali Spurs, Pochettino, berkata tekanan tidak diletakkan pada penyerang Belanda itu.

"Ia merupakan tanggungjawab pasukan dan dia perlu berasa bebas untuk beraksi serta membantu pasukan," kata Pochettino.

"Ini adalah peluang buat Janssen untuk membuktikan kemahiran yang dimilikinya. 

Pemain berusia 22 tahun itu menjaringkan gol sulungnya bersama Tottenham ketika menang 5-0 ke atas Gillingham dalam aksi Piala EFL, dan Pochettino yakin Janssen akan menemui rentak beraksi dalam Liga Perdana.

"Sebagai pemain penyerang, mereka perlu mendapatkan keyakinan sebelum menjaringkan gol," katanya.

"Ini merupakan peluangnya untuk menjaringkan gol dan membantu pasukan."

Dalam pada itu, Kyle Walker menjadi pemain terbaru Spurs untuk melanjutkan kontrak di White Hart Lane, menyertai Dele Alli, Eric Dier dan Christian Eriksen.

Spurs bukan sahaja tanpa kelibat Kane, malah pertahanan kiri, Danny Rose, yang mengalami kecederaan hamstring manakala Mousa Dembele dan Eric Dier mengalami kekejangan otot.

Advertisement

Must Watch Video