Maurizio Sarri mempertahankan keputusannya untuk kekal berhati-hati dengan perkembangan Callum Hudson-Odoi dan menyarankan agar peminat tidak terbawa-bawa dengan prestasi pemain itu ketika membantu England menewaskan Montenegro.
Pemain sayap itu tersenarai dalam kesebelasan utama The Three Lions ketika mereka meraih kemenangan 5-1 keatas Montenegro, Isnin lalu, namun dia masih belum pernah diberikan peranan sama dalam skuad utama Liga Perdana Inggeris Chelsea.
Sarri mempersoalkan standard perlawanan pusingan kelayakan Euro 2020 itu dan menyarankan agar pasukan elit dengan pasukan bawahan diasingkan.
Ditanya sama ada kelibat Hudson-Odoi dalam kesebelasan utama England membuatkan dia berasa kekok, pengendali kelahiran Itali itu -- yang bercakap dalam sidang media menjelang pertemuan Chelsea dengan Cardiff City -- memberikan respons: "Tidak, kerana saya tidak perlu berdepan Montenegro.
"Saya berasakan tahap kelayakan untuk ke Kejohanan Eropah amat rendah.
"Ia sudah pasti tidak setaraf dengan Liga Perdana Inggeris.
"Ia melibatkan saingan pasukan kebangsaan, namun terlalu banyak pasukan kebangsaan yang bertaraf rendah.
"Saya tidak faham mengapa hanya ada satu kumpulan.
"Mungkin ada baiknya untuk memiliki satu Kejohanan Eropah untuk tahap pertama dan satu lagi untuk tahap kedua.
"Amat pelik apabila pemain penting untuk sesebuah kelab perlu berdepan Malta, Cyprus, Liechtenstein atau Andorra," katanya.
Hudson-Odoi, yang menarik perhatian Bayern Munich dalam jendela perpindahan Januari depan, tidak memperoleh banyak peluang untuk mewakili Chelsea sepanjang musim ini.
Dia mencuri tumpuan dalam Liga Europa, namun hanya menjaringkan empat gol daripada lapan penampilannya musim ini -- separuh daripadanya sebagai pemain gantian.
Sarri teruja dengan potensi pemain itu, namun percaya masih banyak perkara yang perlu diperbaikinya untuk bergelar pemain utama Chelsea.
"Saya berasakan dia perlu meningkatkan permainan.
"Saya mahu dia lebih berkembang.
"Dia perlu kekal berdiri di atas lantai. Dia perlu bekerja keras setiap hari dan meningkatkan kemahiran kaki kiri, meningkatkan tahap pertahanan dan meningkatkan pergerakannya tanpa bola.
"Saya mahu dia meningkatkan diri kerana dia memiliki potensi yang amat-amat besar, jadi dia perlu terus berkembang.
"Jika tidak, kami akan memberhentikannya.
"Benar, buat masa ini, dia sememangnya pemain yang amat-amat baik, namun dia berkemungkinan untuk menjadi lebih baik.
"Saya mahu dia menjadi lebih baik," tambahnya.