Skip to main content

Bola Sepak

Jangan ambil mudah Melaka -- Sathianathan

sathianathan.jpg
"Jangan anggap pasukan bermasalah boleh dikalahkan," kata ketua jurulatih Selangor, B. Sathianathan, sebagai peringatan kepada anak buahnya menjelang pertemuan dengan Melaka dalam saingan Kumpulan D, Piala Malaysia di tempat lawan, malam esok.

Selepas terikat 2-2 dengan Felda United dalam perlawanan pertama Sabtu lalu, The Red Giants tiada pilihan selain menewaskan Melaka.

Begitupun, skuad kendalian Sathianathan itu dijangka akan berdepan ujian getir walaupun lawan sedang mengalami masalah tunggakan gaji.

"Dengan Melaka, kalau kami amalkan seperti apa yang dilakukan dalam perlawanan pertama, kami mungkin kena belasah dengan mereka.

"Mereka adalah pasukan yang baik.

"Kita dapat lihat, ketika mereka dengan Polis (PDRM), penguasaan mereka dalam babak kedua memang jauh lebih baik.

"Mereka adalah pasukan, walaupun dikatakan banyak masalah, di atas padang mereka tidak nampak seperti itu.

"Saya harap pemain kami tidak mengambil mudah," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video