Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Jadual antarabangsa buat Barcelona pincang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

frenkie-de-jong.jpg
Barcelona berlumba dengan masa untuk memastikan beberapa tonggak utamanya pulih bagi menyambung kempen LaLiga menentang Real Mallorca, hujung minggu ini. 

Mereka dihimpit dengan beberapa masalah kecederaan dalam jadual antarabangsa ini sambil mengalu-alukan kepulangan tiga lagi pemain utama dalam latihan malam tadi. 

Robert Lewandowski, Ousmane Dembele, dan Andreas Christensen sempat menyertai satu sesi latihan dan dalam kecergasan terbaik sejurus kembali daripada pasukan kebangsaan masing-masing.

Xavi pasti lega apabila Dembele tiada masalah serius di betisnya ketika bersama Perancis sementara sentuhan Christensen amat ditagih bagi menampung ketiadaan Ronald Araujo -- perlu dibedah -- dan Jules Kounde yang dihimpit kecederaan.

Frenkie de Jong dijangka terlepas aksi selama seminggu sementara Memphis Depay mungkin berdepan rehat lebih lama selepas masing-masing juga tercedera ketika membantu Belanda mara ke separuh akhir Liga Negara-Negara Eropah (UNL), semalam.

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video