Cabaran baru menggamit Jacque Faye untuk mengisi kuota sebagai pemain import Negeri Sembilan musim 2024/25.
Faye sebenarnya berat hati untuk meninggalkan skuad Jang tetapi demi mengorak langkah lebih jauh dalam kariernya, dia menyahut tawaran kali ini sambil berterima kasih kepada PDRM yang diwakili sejak 2019.
Faye terlebih dahulu mewarnai saingan liga amatur tempatan selepas beberapa musim sebelum menyertai Sang Saka Biru.
Dan ketika ditemu bual oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, ternyata barisan Negeri Sembilan musim ini mampu menyengat.
"Saya ingin mencipta nama bersama Negeri Sembilan.
"Saya menaruh keyakinan berdasarkan barisan pemain yang ditandatangi musim ini," katanya.