Jack Grealish telah membuat permulaan yang mengagumkan untuk menyesuaikan diri di Manchester City, menurut bekas penyerang kelab itu, Paul Dickov.
Bekas bintang Aston Villa itu merupakan pembelian termahal Britain sebanyak £100 juta (RM568.4j) menjelang sepak mula musim 2021-22 bagi memantapkan pasukan yang mendapatkan sentuhan Pep Guardiola berkenaan.
Dickov percaya pemain tengah menyerang itu telah menawarkan sumbangan besar dan menyedari perbezaan mewakili City selain menyedari dia tidak akan menjadi watak utama seperti ketika bersama Villa.
Lantas, Dickov berpuas hati dengan permulaan pemain antarabangsa England itu di kelab berkenaan dengan Grealish sudah mencetak dua gol dan dua bantuan jaringan dalam 10 penampilan.
Dickov berkata kepada Stats Perform: "Bukan tidak menghormati Aston Villa, tetapi terdapat lebih banyak kualiti dalam skuad Manchester City dan mereka beraksi dengan pendekatan yang berbeza.
"Ketika Jack berada di Aston Villa, dia merupakan watak utama.
"Ketika pemain Aston Villa mendapatkan bola dan ingin menyerang, mereka melorongkan bola kepada Jack Grealish dan dia adalah pemain utama.
"Di Manchester City, bola akan disalurkan kepada Phil Foden, Kevin De Bruyne dan Bernardo Silva. Jadi Jack harus menyesuaikan permainannya selain pergerakan tanpa bola.
"Di Aston Villa, dia tidak semestinya perlu bertahan, dia mampu menjadi pemain yang akan memenangi perlawanan tanpa melakukan banyak perkara ketika tanpa bola."
"Sedangkan kita semua tahu bahawa Pep Guardiola menuntut barisan pemainnya agar bekerja keras tanpa bola.
"Jadi saya rasa apabila dia bermula dalam setiap perlawanan, ia adalah proses untuknya menyesuaikan diri dengan corak permainan Manchester City dan memberitahunya apa yang diperlukan untuk menjadi anggota pasukan Pep.
"Saya rasa dia melakukannya dengan sangat baik malah bertambah menarik kerana dapat memulakan setiap perlawanan.
"Mereka mempunyai pemain seperti Phil Foden, Raheem Sterling, Ferran Torres dan Riyad Mahrez, Gabriel Jesus, apatah lagi Pep gemar menukar bahagian serangan."
Dickov menambah: "Beberapa perlawanan terakhir dan bertemu Liverpool pula khususnya, dia kelihatan sedikit keletihan.
"Dia merupakan satu-satunya daripada tiga pemain di barisan hadapan yang akan memulakan setiap perlawanan, terutama ketika minggu getir menentang Chelsea, Paris Saint-Germain (PSG) dan Liverpool.
"Tetapi saya fikir dia melakukannya dengan hebat dan saya adalah peminat Jack Grealish."

Well done boys. Had chances to win it but well fought back and a good point ? pic.twitter.com/85HeOI6QrF
— Jack Grealish (@JackGrealish) October 3, 2021