Skip to main content

Bola Sepak

Iwobi wira Super Eagles

81017alex-iwobi.jpg
Alex Iwobi menjaringkan gol penting selepas Nigeria menjadi pasukan pertama dari Afrika melayakkan diri ke Piala Dunia Russia 2018 selepas meraih kemenangan 1-0 ke atas Zambia.

Penyerang Arsenal itu menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-73 untuk memberikan Super Eagles kelebihan enam mata bagi mengungguli Kumpulan B.

Zambia menyertai Cameroon dan Algeria untuk terlepas saingan Russia 2018, dan ini merupakan kali ketiga berturut-turut Nigeria beraksi dalam Piala Dunia dengan secara keseluruhan enam penampilan.

Keputusan terbaik mereka adalah mara ke pusingan kalah mati pada tahun 1994, 1998 dan 2014.
 

Advertisement

Must Watch Video