Skip to main content

Bola Sepak

Itali destinasi seterusnya buat Kolarov

23717aleksandarkolarov.jpg
Roma telah menyempurnakan perpindahan Aleksandar Kolarov dari Manchester City yang bernilai EUR5 juta (RM24 juta).

Pemain berusia 31 tahun itu telah menandatangani kontrak dengan kelab Serie A itu sehingga 30 Jun 2020.

Kolarov menamatkan karier di England selepas tujuh tahun bersama City dan memenangi dua gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), dua Piala Liga dan satu Piala FA.

"Ketika saya datang ke Manchester pada 2010, sejujurnya saya tidak menjangkakan akan beraksi untuk kelab ini begitu lama," kata Kolarov. 

"Sekarang saya perlu mengucapkan selamat tinggal. Segala-galanya bergerak begitu pantas buat beberapa hari ini.

"Secara keseluruhan, kelab ini telah berkembang dengan baik sekali. Kami kini merupakan kelab yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sangat berbangga kerana menjadi sebahagian daripada The Citizens.

"Objektif saya bersama kelab baru adalah sama, iaitu mencari kemenangan."

Advertisement

Must Watch Video