Jawatankuasa Status, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) enggan membuat sebarang andaian mengenai peluang Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk tuntutan pampasan ke atas Syazwan Andik Ishak walaupun nasib tampak sudah tidak menyebelahi KLFA gara-gara didapati melakukan kesalahan melanggar perjanjian kontrak pemain.
Semalam, Nadi Arena melaporkan KLFA tetap akan menuntut hak ke atas Syazwan meskipun menyedari kontrak mereka bermasalah ekoran tunggakan gaji sehingga menjadi punca pertahanan kiri Harimau Malaya itu meninggalkan skuad The City Boys.
Namun, mengikut Perkara 8, Penamatan Kontrak FAM Klausa 8.7 menjelaskan, kontrak seseorang pemain boleh ditamatkan tanpa apa-apa kesan, sama ada pembayaran pampasan atau dikenakan sekatan kesukanan jika pemain tidak menerima gaji lebih daripada sebulan.
Ini bermakna tuntutan KLFA bernilai RM1.6 juta bagi pelepasan Syazwan boleh dianggap tidak terpakai berikutan pemain itu bebas daripada ikatan pasukan berkenaan.
"Tidak adil sekiranya saya memberi kenyataan memberikan maklumat dan kepastian bagi pihak FAM sedangkan laporan itu hanya berlegar di media.
"FAM masih belum menerima apa-apa laporan. Jika ada yang berbuat demikian sama ada menerusi pemain ataupun jurulatih, barulah FAM akan menilainya berpandukan kes," kata Pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Joehari Ayub.
Syazwan yang mesra disapa Pelo adalah antara pemain Kuala Lumpur yang tidak dibayar gaji selama dua bulan oleh KLFA dan pemain berusia 23 tahun itu kini dikatakan sudah menyertai pasukan gergasi selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk musim 2019.