Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Isu KL City: KLFA tagih campur tangan MFL diskaun gaji pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nokman-mustapha.jpg
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustafa, mohon sokongan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk pertimbang pembayaran penuh gaji pemain bermula Januari hingga Mac atas dasar, aksi liga hanya bermula pada Mei lalu.

Ia berikutan kemelut tunggakan gaji yang makin meruncing yang mendorong lebih ramai tonggak penting angkat kaki.

"Kami agak tertekan.

"Kalau MFL cakap langkah ini (akan dilaksanakan) 2-3 musim lagi, mungkin kami boleh bersedia. 

"Kami termasuk dalam masalah yang ada. 

"Kalau MFL boleh bantu kami daripada segi beritahu kepada pemain bagi pihak kami bahawa tahun ini ada sedikit berbeza. Jadi kami (majikan) bercadang meminta pemain yang bergaji RM60,000 contohnya, jumlahnya boleh bayar setengah atau ikut peratus boleh bayar setengah," katanya dalam Majlis Pelancaran Jersi Setiawangsa Rangers hari ini. 

Dalam masa sama, dana baru difahamkan bakal diterima persatuan pada minggu depan sementara pembayaran gaji sebanyak dua bulan akan diselesaikan.

Baki lima bulan pula akan dibayar secara berperingkat dengan persetujuan dengan pemain dijangka akan berlaku minggu depan.

"Kami telah berbincang dan sudah pun mencapai persetujuan bahawa gaji tertunggak mereka akan dibayar dalam masa 12 bulan. 



"Suratnya tunggu pemain menandatanganinya sahaja. 

"Kami juga akan bertemu Josue untuk membayar gaji berdasarkan kontraknya -- juga secara berperingkat," katanya lagi.  

 

Advertisement

Must Watch Video