Skip to main content

Bola Sepak

Isu gaji Perak: Duit habis kering, tunggu pihak tertentu salur kewangan. Insya-Allah kami akan bayar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

perak.jpg
Liga Super Malaysia hampir melabuhkan tirai dengan berbaki satu perlawanan sahaja lagi, namun masih menerima perkhabaran kurang senang pada penghujung musim ini.

Terbaru, menurut laporan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, difahamkan Perak turut mengalami isu tunggakan gaji yang sudah memasuki hampir lima bulan setengah.

Satu perjumpaan antara pemain, serta barisan kejurulatihan bersama pihak pengurusan akan diadakan dalam masa terdekat bagi menceritakan keadaan sebenar kewangan pasukan ketika ini.

Tegas pengerusinya, Datuk Seri Azim Zabidi, tidak menafikan dakwaan itu sambil bertungkus lumus berusaha melunaskan gaji pasukan dan mengubah situasi seperti sedia kala.

 

"Insya-Allah kami akan membuat bayaran, cuma sedang menunggu sumbangan daripada pihak-pihak tertentu, tetapi belum menerima sebarang maklum balas, meskipun kami sudah menghubungi setiap hari untuk memberikan peringatan.

"Apabila duit masuk, kami akan langsaikan.

"Buat masa sekarang, kami belum boleh pastikan sama ada akan membayar secara penuh atau apakah formula yang akan digunakan.

"Kami akan sedaya upaya untuk membayar semua," katanya di Nadi Arena.

Kemelut yang melanda semakin meruncing apabila penaja utama dikatakan tidak mampu lagi menampung perbelanjaan pasuka, manakala penaja lain juga gagal menghulurkan bantuan meredakan keadaan.

"Syarikat telekomunikasi terkemuka, XOX, telah membelanjakan nilai yang begitu besar dalam tempoh tiga tahun iaitu sekitar RM30j.

"Tiba masanya, kami tidak boleh untuk membantu lagi.

"Daripada pihak kami, habis kering disebabkan Perak ini," tambahnya.

Bagaikan barah yang semakin merebak. Pemain, barisan kejurulatihan, pegawai pasukan mahupun pengurusan terpaksa menghadapi ujian getir itu sambil memikirkan nasib apakah yang bakal terjadi seterusnya.

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video