Skip to main content

Bola Sepak

Isu gaji: Kedah Darul Aman FC terima dana tapi boleh tunaikan April depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-darul-aman.jpg
Penyokong Kedah Darul Aman FC boleh menarik nafas lega buat seketika selepas diberikan tempoh lanjutan oleh Badan Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL), First Instant Body (FIB) hingga Selasa depan sebagai tarikh akhir penyelesaian tunggakan gaji sebelum Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah MFL diadakan pada keesokkan harinya. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan laman sosial rasmi skuad Hijau Kuning itu apabila Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Shahrul Samsudin, menjelaskan pihak pengurusan Sang Kenari bertanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam menangani isu berbangkit, lebih-lebih lagi aspek kelestarian kewangan dengan ketelusan dan rasa tanggungjawab.




KDA FC turut memaklumkan berjaya mendapat kelulusan pembiayaan dana daripada institusi tertentu untuk tujuan penyelesaian tunggakan gaji, namun dana tersebut hanya akan ditunaikan April depan.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video