BOLA SEPAK MSIA
Isu dokumentasi: FAM Persatuan besar, boleh selesaikan sendiri tanpa bantuan KBS -- Hannah
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, yakin dengan kredibiliti FAM untuk menyelesaikan isu dokumentasi pemain warisan negara tanpa perlu melibatkan sebarang bantuan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Hannah turut menegaskan masih terlalu awal untuk mengulas mengenai apa yang sedang berlaku ketika ini dan pihaknya memilih untuk menunggu keputusan rayuan yang akan dikemukakan FAM kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
"Kita tunggu selepas rayuan FIFA dan saya pasti kalau ada sebarang kesilapan, saya mahu pastikan kita memliki ruang untuk memperbaikinya supaya ia tidak berlaku lagi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.
Iklan
"Tetapi ia masih terlalu awal kerana saya mahu tahu status rayuan kepada FIFA terlebih dahulu sebelum boleh memberikan apa-apa ulasan.
"Saya kira FAM bukan satu persatuan sukan baru atau kecil, mereka merupakan persatuan sukan besar di Malaysia.
"Dalam bab rayuan kepada FIFA, saya yakin mereka memiliki bantuan perundangan yang mencukupi untuk membantu mereka dan FAM sendiri memiliki informasi untuk melalui proses ini.
"Jadi, saya lihat, memang tiada apa-apa bantuan yang diperlukan daripada KBS kerana FAM sudah memiliki peguam mereka sendiri."

Bina Otot Padu
Nutrisi penting yang jadi pilihan atlet untuk prestasi harian. Cuba Sekarang
Must-Watch Video



