Facundo Garces terlepas kunjungan Deportivo Alaves ke RCD Mallorca untuk pertemuan LaLiga, tengah malam ini.
Pertahanan itu antara tujuh anggota skuad Harimau Malaya yang menerima tindakan keras daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung isu dokumentasi.
Sehubungan itu, pengurus Alaves, Eduardo Coudet, mengelak sebarang risiko dengan tidak menyenaraikan pertahanan kelahiran Argentina berumur 26 tahun itu meskipun menjadi tunjang utama pasukan sepanjang enam perlawanan LaLiga lalu.
FIFA pada malam tadi mengeluarkan satu kenyataan mengenai hukuman ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain turut digantung daripada semua aktiviti bola sepak selama 12 bulan.
FAM serta pemain diberikan tempoh 10 hari untuk mengemukakan rayuan kepada FIFA.

?Facundo Garces tidak disenaraikan untuk aksi La Liga menentang RCD Mallorca, masih kekal pemain Deportivo Alaves setakat ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/JUlZjJzFMH
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) September 27, 2025