Jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, tidak gusar dengan percaturan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang merehatkan tonggak utama dalam aksi terakhir Piala AFC untuk berdepan dengan pasukannya dalam Liga Super di Kuala Terengganu, esok.
Ketika ini, TFC berada pada momentum terbaik apabila muncul satu-satunya pasukan yang belum tewas selepas mengharungi empat perlawanan, malah mereka mencatat tiga kemenangan berturut-turut, termasuk satu dalam Piala FA.
Namun, timbul persoalan adakah TFC mampu melakar kemenangan ketika pasukan lawan menyimpan pemain utama mereka ketika terikat 0-0 dengan Tampines Rovers dalam aksi terakhir Piala AFC, Selasa lalu.
"Saya sudah menjangkakan mereka akan memberi tumpuan terhadap perlawanan esok.
"Kami menghormati mereka dan pada masa sama, mereka juga menghormati TFC. Sudah tentu JDT akan menurunkan kesebelasan terbaik mereka," kata Irfan.
Sandaran utama skuad Penyu itu diletakkan kepada penggempur berbisa, Kipre Tchetche, yang sudah meledak empat gol setakat ini.
Pemain kelahiran Ivory Coast itu memberi amaran kepada JDT dengan menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali melepaskan peluang gol sekiranya ia hadir dalam perlawanan esok.
"Kalau saya mendapat peluang untuk menjaringkan gol, saya akan sudahkan.
"Tetapi apa yang penting adalah fokus pasukan untuk mempamerkan aksi baik dalam perlawanan ini," kata Tchetche.
Ini adalah peluang terbaik untuk TFC melakar kemenangan di gelanggang sendiri, sekali gus merampas kedudukan teratas liga.