Enggan terus berputih mata, pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, menuntut fokus 100 peratus daripada pemain-pemainnya dalam aksi Piala FA bertemu Selangor, malam esok.
Irfan menyifatkan skuad The Red Giants itu pasti tidak akan memberi jalan mudah walaupun dipalit kemelut dalaman yang menyaksikan ketiadaan rakan sejawatannya, P. Maniam, yang direhatkan.
Selain mengakui tidak akan melakukan banyak perubahan pemain dalam aksi di Kuala Terengganu itu, bekas jurulatih Felda United itu menjelaskan skuad bimbingannya perlu lebih tajam, khususnya dalam aspek membuat keputusan.
“Memang kesal dengan kekalahan (kepada Johor Darul Ta’zim) tempoh hari kerana kami beraksi lebih baik. Namun, pemain-pemain tidak patah semangat.
“Sekiranya fokus sepanjang 90 minit, saya yakin TFC boleh menewaskan Selangor, seterusnya mara ke suku akhir,” katanya.
Kemenangan 4-1 dalam aksi liga, bulan lalu enggan dijadikan kayu pengukur, sebaliknya tambah Irfan, saingan kalah mati lebih mencabar buat pasukannya.
Piala FA menjadi idaman TFC musim ini dengan sasaran melangkah ke pentas final, sekali gus memperbaiki pencapaian ke separuh akhir pada 2017.
“Kesemua pemain perlu ingat arahan diberikan dan tidak boleh leka. Mereka tahu apa akibatnya kalau buat silap,” ujar Irfan.