IRAN 1 PORTUGAL 1
Karim Ansarifard menjaringkan gol dalam masa kecederaan untuk Iran meletakkan Portugal di tangga kedua Kumpulan B dengan keputusan 1-1 di Mordovia Arena, awal pagi tadi, sekali gus menyaksikan skuad bimbingan Fernando Santos itu akan bertemu Uruguay dalam pusingan 16, Piala Dunia.
Ronaldo nyata mempersia-siakan peluang sepakan penalti pada minit ke-54 apabila penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand, lebih tangkas melayangkan badan untuk menangkap kemas.
Ronaldo terlepas penalti, yang diberikan selepas dinilai menerusi video bantuan pengadil (VAR), ketika Portugal gagal membina daripada jaringan Ricardo Quaresma pada minit ke-45.
Pada ketika itu, Quaresma menyudahkan jaringan menerusi satu rembatan deras dari luar kotak penalti untuk melepasi jangkauan Beiranvand.
Penilaian VAR kemudian memihak kepada Iran dalam masa kecederaan apabila Cedric Soares dipersalahkan kerana bola terkena tangannya ketika berusaha keras untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Tidak menerima nasib sama seperti Ronaldo, Ansarifard tidak mempunyai masalah untuk menyudahkan jaringan menerusi satu sepakan yang menggegarkan bumbung gawang.
Selaku naib juara Kumpulan B, Portugal menempah slot pusingan 16 untuk bertemu Uruguay yang menjuarai Kumpulan A selepas menewaskan tuan rumah, Russia, 3-0.
Portugal dan Uruguay akan berentap di Stadium Fisht, Ahad ini.