Skip to main content

Bola Sepak

Inter Milan kesal tawaran Manchester United untuk Andre Onana terlalu rendah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

onana.jpg
Inter Milan mendedahkan tawaran Manchester United gagal memenuhi tanda harga ke atas penjaga gol, Andre Onana.

Menurut laporan Mail Sport, Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu telah menyerahkan tawaran awal bernilai £34 juta (RM201.3j) dalam usaha mereka mendapatkan pengganti David De Gea.

Pengarah Sukan Inter, Piero Ausilio, berkata bahawa kelab Itali itu tidak bercadang untuk melepaskannya melainkan setelah menerima tawaran yang tepat menjelang persiapan pra-musim yang bermula 13 Julai ini.

 
Ausilio berkata kepada Daily Mirror: "Ketika ini Onana adalah penjaga gol Inter. Dia merupakan salah satu tunjang kekuatan pasukan dan dengan pemain handalan, kami ingin terus maju.

"Sekiranya peluang timbul, kami akan menilai mereka tetapi setakat ini dia masih belum tiba atau tawaran mereka gagal memenuhi jangkaan kami."
 

Advertisement

Must Watch Video