Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Inter Miami mangsa ujian sulung Barcelona di AS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

oscar-hernandes.jpg
INTER MIAMI 0 BARCELONA 6 

Pengurus sementara Barcelona, Oscar Hernandez, mengakui ia akan menjadi "kali pertama dan terakhir" dia ditugaskan sebagai pengendali selepas pasukannya menang 6-0 ke atas Inter Miami, sebentar tadi. 


Terdapat enam penjaring gol berbeza untuk Barca ketika mereka beraksi dalam perlawanan pembukaan jelajah mereka di Amerika Syarikat (AS) itu yang menyaksikan Gavi, Memphis Depay dan Ousmane Dembele menokok gol selepas rehat bagi menyusuli jaringan Pierre-Emerick Aubameyang, Raphinha dan Ansu Fati.

Dengan Xavi dilaporkan dinafikan masuk ke AS berikutan lawatannya baru-baru ini ke Iran dalam tempoh lima tahun lalu bersama kelab Qatar, Al-Sadd, sebagai pemain dan jurulatih, lantas memaksa pembantunya ditugaskan untuk mengambil alih pada hari perlawanan.

Oscar, 45, yang juga pembantu di Al-Sadd berkata selepas perlawanan berharap isu abangnya itu dapat diselesaikan dengan segera bagi menerajui Barcelona yang akan menghadapi Real Madrid, Juventus dan New York Red Bulls.

Namun, dia berpuas hati dengan prestasi Barca.

“Mudah-mudahan ia akan menjadi perlawanan pertama dan terakhir saya,” katanya, 


 

“Situasi ini tidak mudah buat Xavi tetapi harap jalan penyelesaiannya ditemui dan dia boleh bersama kami esok.

"Kami sangat gembira kerana walaupun ia satu perlawanan persahabatan, banyak perkara dapat dinilai. 

"Barisan hadapan telah dihidupkan dan menerapkan mekanisme yang telah kami usahakan. 

"Kami perlu mencipta daya saing dan itulah cara kami akan berkembang."

Advertisement

Must Watch Video