Skip to main content

Bola Sepak

Insiden Neymar tidak akan berlaku lagi -- Amor

271117lionelmessi.jpg
Pengarah Barcelona, Guillermo Amor, menyifatkan kelab perlu melindungi diri mereka dengan klausa perpindahan Lionel Messi selepas apa yang berlaku kepada Neymar. 

Messi akhirnya menandatangani kontrak baru bersama pendahulu LaLiga itu dengan melanjutkan kontraknya hingga 2021 dengan klausa perpindahan bernilai EUR700 juta (RM3.4 bilion).

Barca terpaksa menyaksikan Neymar meninggalkan Nou Camp pada Ogos lalu selepas Paris Saint-Germain (PSG) membayar EUR222 juta (RM1.1 bilion) untuk mengaktifkan klausa perpindahan pemain kebangsaan Brazil itu.

Amor, salah seorang bekas pemain Barcelona yang bertanggungjawab mengenai institusi dan perhubungan sukan skuad utama, menegaskan kelab itu telah mengambil iktibar daripada penghijrahan Neymar.

"Saya sangat bimbang," katanya.

"Messi sentiasa gembira di Barca dan kami mahu dia bersara di sini.

"Kam telah berbincang mengenai klausa perpindahannya dengan pengalaman yang berlaku kepada Neymar, kami perlu melindungi kelab ini," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video