Skip to main content

Bola Sepak

Inilah sepatutnya yang Selangor kena buat dari dulu -- Faisal Halim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim.jpg
Selangor mengecapi kemenangan kedua di bawah pengendali sementara, Christophe Gamel, dan ketua pasukan, Faisal Halim, berharap momentum itu dapat diteruskan. 

Pelantikan Gamel bagi menggantikan peranan Katsuhito Kinoshi yang direhatkan sejak hujung bulan lalu membuahkan hasil apabila menerapkan sistem empat pertahanan bagi mengimbangi keampuhan mereka. 

Dan malam tadi, Gergasi Merah ternyata garang apabila membelasah Negeri Sembilan 4-0 ketika bertandang ke tempat lawan bagi membawa bekalan selesa untuk aksi timbal balik suku Piala FA, 29 Oktober depan. 

Faisal kemudian diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan hasil dua sentuhan penyudahnya selain satu bantuan jaringan. 

"Inilah sepatutnya yang Selangor kena buat dari dulu. 

"Sistem yang lebih baik dan pemain-pemain dapat seronok dengan sistem (permainan).

 

"Walaupun sistem permainan terbaik tapi pemain tidak bersedia melakukannya, ia tidak akan menjadi," katanya. 

Dengan lima perlawanan bakal diharungi dalam masa terdekat bermula pertemuan dengan Persib Bandung di peringkat kumpulan bagi misi hidup mati dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

"Sudah tentu kami akan memperbaiki kekurangan untuk menghadapi perlawanan yang akan datang, (dengan) jadual yang padat. 

"Jurulatih menggilirkan pemain. Sesiapa yang diberikan peluang hendaklah berikan yang terbaik. 

"Di Selangor, tiada yang selesa semuanya bekerja keras," katanya lagi. 

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Topik Berkaitan

Must Watch Video