Peguam sukan dan komersial, Nik Erman Nik Roseli, berkongsikan beberapa faktor menyebabkan keputusan rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum diumumkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Antaranya adalah berkemungkinan faktor masa yang diperlukan dalam meneliti fakta selain kesibukan jawatankuasa badan induk bola sepak dunia itu yang sedang mengendalikan kes lain.
"Mungkin ada beberapa sebab keputusan FIFA masih belum keluar. Pertama, mereka memerlukan masa untuk meneliti fakta serta hujah undang-undang yang telah dikemukakan oleh pihak terbabit.
"Mereka juga perlu masa untuk menulis keputusan dengan teliti
"Dalam undang-undang, penangguhan bicara atau keputusan yang lewat dikeluarkan adalah perkara biasa dan tidak semestinya membawa maksud tertentu.
"Saya rasa tak ada pun FIFA kata nak keluarkan keputusan itu pada tarikh 30 Oktober. Apa yang kita tahu mesyuarat itu berlangsung pada tarikh tersebut.
"Cumanya lepas mesyuarat itu ada prosesnya dalam mengeluarkan keputusan sebabnya ini bukan mesyuarat biasa-biasa.
"Ia perlu mendapatkan pengesahan dan diteliti oleh Jawatankuasa Rayuan. Bila dah selesai semua, barulah ia akan diumumkan" kongsinya kepada Sinar Harian.
Penyokong bola sepak tempatan masih menantikan keputusan rayuan FIFA selepas FAM dan tujuh pemain warisan didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

Nike BIG Discount
Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat