Skip to main content

Bola Sepak

Ini reaksi jurulatih Selangor mengenai Chrigor Moraes

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kit.jpg
Ketua Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, optimis pengalaman yang dimiliki pemain import baru iaitu Chrigor Moraes untuk membantu pasukannya bagi menghadapi saingan musim depan.

Dia bakal menjadi aset penting buat jentera serangan The Red Giants dalam saingan Liga Malaysia (liga-M), Liga Juara-Juara 2 (ACL2) dan Piala Shopee nanti.


"Chrigor memiliki pengalaman yang baik di Asia Tenggara serta mempunyai semangat yang tinggi dalam dirinya. Sebelum menandatangani kontrak, beliau telah berbincang dan menyatakan hasrat yang jelas untuk bersama Selangor.

 


"Baru berusia 25 tahun, beliau masih mempunyai ruang untuk mengembangkan lagi bakatnya, dan saya melihat potensi dalam dirinya. 

"Beliau akan memainkan peranan penting bersama barisan  jentera serangan dengan menyumbang melalui jaringan dan bantuan gol. Dalam masa yang sama, kesungguhannya untuk terus maju menjadikan beliau satu aset bernilai untuk pasukan." katanya.

Untuk rekod, Moraes pernah beraksi buat Brasil de Pelotas dan Red Bull Brasil dan Red Bull Bragantino dalam kancah Liga Brazil, selain menyertai Liga Thailand bersama Buriram United dan PT Prachuap.

Advertisement

Must Watch Video